Well hello there.
Ok kali ni nak cerita sikit pasal aku belajar dekat Politeknik. So far, so good la sangat. Hahha macam2 lah terjadi selama aku duduk situ dua semester. Suka duka gelak tawa semua lah. Result final utk semester dua pun akan keluar dan dinanti nantikan oleh smua pelajar politeknik. Aku pun berdebar plus takut jugak. Hahaha. Takpelah aku dah cuba sebaik yg mungkin final haritu.
SEMESTER 1
Ni masa memula masuk poli. Tak ingat tarikh. Akhir bulan 11 mcm tu lah. First kawan a.k.a. roomate. Hewhew. Muka selebet je doh hahahah
Masa first2 excited jakun la jugak tangkap gambar dekat tempat ni. Hahaha lama lama dah tak lalu dah malas gila sebab jauh nak mampos. Kahkahkah.
By the way, her name is Yati. Same course but different classes. I was in 1A class and Yati were 1C.
In DIB1A, i found them.
Kira geng aa maseni. Berempat. Apa2 kerja semua berempat. Hahah. Masa sem satu ni rapat aaa dengan diorang semua ni. Abaikan lelaki tu sbb takde kena mengena.
Semester satu ni banyak la jugak aku involve dengan aktiviti yang dijalankan sebab nak asrama punya pasal dengan sijil. Hahaha. Antaranya:
Jaga booth politeknik dekat UIA Gombak. Best! Hohoho. Dah penat merayap dengan Jyhah pergi booth lain kutip beg. Hahaha. Taknak dengar pun explanation dia bagi. Aduhhh teruk nauuu hahah
Doodles.
Kitorg 4 takkan miss this thing. See. Smua berempat. Hahaha
First time tangkap gmbar dengan bas poli. :P
Ni lah booth kitorang!! Thank you for visiting us! :3
Next, join the intergriti apa tah nama dia. Sepatutnya utk org yang dah dewasa sikit join ni tapi kitorang ni mengisi je ruang sesapa yang tk dapat pergi :p So aku dengan Jyhah pergi Institut Perakaunan Negara. Alah jiran dengan Poli je. Dokek jo eh. Sebelah menyebelah je lahaiii hahaha.
Ni haa bilik IPN. Satu bilik dua orang. Mcm hotel siot. Ada aircond tv semua. Hohoho. Heaven gila siak duduk sini. Macam taknak balik Psis.
Yang pakai baju biasa semua dah kerja. Hahah muka pakai baju koprat semua keparat sem satu. Kahkahkah
Awkward pose.
Bersama anak-anak tuan rumah. Ada jamuan apa tah aku tak ingat hahah |
Haaa pakat ramai-ramai main kopang. Best do. Dah cuba main mmg sakit tangan ah hahaha. |
| Haaa ni malam terakhir. Ada ceramah. Boring. Sampai tersengguk sengguk gila. Lpastu Shaurah tgkap gmbr. Babunz betul. HHAHA |
Okay, setiap semester ada waktu kita berjimba kan? Jalan sana sini. Tapi aku jenjalan dekat Sg. Besar jer. Hahaha pun boleh dengan panas smua jalan kaki takde kenderaan. Zzz nak sejuk lepak Bank Islam, Billion dengan Kedai makan fast food. Hahaha
| Sementara tunggu prebet ah ni. Haha |
| Petang-petang best lepak tepi tasik. Dlu rajin la, skrg malas. Hahah |
| The side view from the lake. |
You should appreciate me okay!
First time jugak jenjalan KL dengan kawan-kawan
Berjimba la apa lagi kan. Hewhew
Budak-budak sem satu memang macam kena ragging. Hurr. Aku pulak jenis ikut je sbb kononnya nak aktif. Hahaha. So, aku join la aktiviti RPI dan MPP *tak rasmi
Last but not least. Dinner DIB. So roomate aku pun ada sekali la. 3 kelas je ada. Tema; Office Style dan aku malas nak pakai style tu. Hahahah. Bantai apa ada je.
| With Pegal |
| With Jyhah |
This DIB1A! Blurgh. Okayy.
Next semester pulakkkk!
SEMESTER 2
Okay nowwww pasal sem dua pulak. Ada perubahan sikit. Em takdela sikit sangat. Banyak la jugak. Hahahaha. Standard lah masa awal-awal kenal semua rambut sama hitam, baik macam malaikat. Bila dah kenal semua mulalah satu-satu perangi timbul ye dak? So, dari situ kau boleh nampak mana kawan kau sebenar, mana kawan yang ada masa kau susah, mana kawan yang banyak tolong kau dalam apa jua keadaan, dan mana kawan yang ambil kesempatan atas kau. Ya, memang kau tak nampak tapi aku boleh rasa. So, kalau aku diam bermaksud apa? Aku tak suka :)
Ohh by the way, aku satu roomate dengan Fam (bukan nama sebenar) *budak kelas aku jugak. Dapat tingkat 4 pulak. Hahah memula naik mmg penat, lama-lama stamina dah ada. KAKAKAK
DAN, for the FIRST time aku puasa dekat tempat orang. Mmg tak best. Aku suka puasa dekat rumah sbb boleh masak-masak dengan mama. Sini? Duit bergerak macam liquid. Hahaha. DUA kali berbuka dekat luar. Pertama dengan member a.k.a. jiran tetangga Hahaha. Kedua, dengan classmate.
| Buka puasa dekat Mcd masa ni. Hoho port lepak dakdak PSIS la apa lagi kan. Hahaha. Lepas buka pergi expo dekat area situ jugak. Rambang weh mata *.* |
| Yang ni pulak bukak puasa dekat apa tah nama tu. Tepi laut nelayan. Makan seafood bhaii. Sumpah sedap! Hihihi banyak la jugak aku makan. |
| Amik gambar swag ah ciked dekat sini. Hahaha puiii |
Masa pun berlalu dengan pantas. Tick tock tick tock.
| The Squad |
| Typical mirror selfie at Pusat Islam. Hihi |
| Konon-konon musim bunga la katakan. Hahaha. |
| Dan ni la hasilnya kalau dekat PI. Ni baru satu. Ada berlambak gambar tak senonoh. Hahaha. |
Ada masa kita berjimba lah sangat dekat Sg Besar. Hahaha dah bosan Mcd, KFC pulak. Hihii KFC dah up to date bhaii. Dah cantik tauu. hewhewhew
| This is the best shot. |
| Aduh asek muka Liana je depan. Hahaha. Masa ni ada taklimat tentang subjek Contract in Finance. Dongar je la dan amik note sikit. Markah kot. Hahaha. |
| Pergi makan, pergi cafe, pergi memana haa dengan orang ni je lah. Hahaha. |
Dah habissssssssssssssssssssssssssss dah pasal sem dua. Skrg tengah tnggu result asrama dengan final exam. Phew sape tak cuak wey cakap dengan aku sekarang. Hahaha. So, this is the end of semester 2 and hello semester 3. Aku harap lagi kejam la aku. Huahuahuua padan muka